PECUTAN 10 HARI/MALAM TERAKHIR !
"Jom Infaq Ramadhan
Bermula Hari Pertama Hingga Akhir
10 Malam Terakhir Ini Untuk Membantu Pembinaan
Pusat Al-Quran Abu Bakrin"
JANGANLAH KITA HAMPAKAN KESUNGGUHAN MEREKA MENUNTUT ILMU AL-QURAN
PUSAT AL-QURAN ABU BAKRIN merupakan sebuah pusat pengajian al-Quran yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang terletak di 7210C, Kampung Kebor Air Manir, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu. Pusat ini diasaskan oleh Tuan Ustaz Mohd Hanafiah Abu Bakar.
PUSAT AL-QURAN ABU BAKRIN ini memberikan pengajian PERCUMA untuk asnaf fakir miskin, anak-anak yatim dan juga masyarakat kampung.

Dengan dana yang kami ada, kami tak mampu untuk menampung kos pengajian mereka untuk beberapa tahun lagi. Belum lagi dikira kos pembangunan dan naik taraf bangunan. Justeru, kami ingin memohon sumbangan dana demi kelancaran pengajian anak-anak tahfiz ini serta menjaga kebajikan mereka dan guru-guru mereka.
USTAZ HANAFIAH UMPAMA LILIN YANG MENERANGI ANAK-ANAK YANG DAHAGA ILMU AL-QURAN
Ustaz Hanafiah tidak mahu anak-anak kampung terus tiada asas Al-Quran. Bertitik tolak daripada itu, beliau telah berniat mewakafkan dirinya sendiri untuk berkhidmat serta menyumbang sesuatu kepada masyarakat kampungnya dan mengajar mereka secara percuma dan sukarela.
Harapan beliau hanyalah agar anak-anak yatim dan anak yang kurang berkemampuan ini mendapat ilmu dan celik Al-Quran seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan dan boleh membantu keluarga mereka sendiri.
Dengan hasil keuntungan yang tidak seberapa daripada kedai makannya itu, dia membina sebuah pondok kecil berhampiran kedainya itu bagi menampung pelajar-pelajarnya yang semakin ramai.
Bukan itu sahaja, dengan serba sikit wang poketnya sendiri bersama wang ihsan sedekah orang ramai yang simpati, dia turut menyediakan juadah makan minum percuma untuk mereka yang hadir ke pondok pengajian Al-Quran itu.

(Gambar: Juadah Makan dan Minum Percuma kepada para pelajar tahfiz)
.jpg)
.jpg)

VIDEO ANAK-ANAK TENGAH BELAJAR ASAS AL-QURAN
SASARAN DANA
Kos pembangunan dan pembinaan sekolah, kos operasi, pengurusan, utiliti, pertukangan ialah RM1 juta
.gif)
Buat masa sekarang PUSAT AL-QURAN ABU BAKRIN beroperasi di pondok-pondok ngaji yang dibina sementara kita mengumpul dana yang mencukupi. InsyaAllah dengan sumbangan anda yang dermawan, impian ini dapat direalisasikan.
Di bulan Ramadan yang penuh barakah dan kemulian ini, kami memohon jasa baik para budiman untuk membantu kami dalam pembinaan PUSAT AL-QURAN ABU BAKRIN!
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” – Riwayat Muslim
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
SALURKAN SEDEKAH SECARA MANUAL
Kami juga menerima sumbangan mengikut kemampuan tuan/puan melalui sumbangan secara manual:
PUSAT AL-QURAN ABU BAKRIN
110 181 3544 ( BANK RAKYAT)
Maklumat Tambahan:
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi pengasas Pusat Al-Quran Abu Bakrin: 6017-9679824 (Tuan Ustaz Hanafiah Abu Bakar)
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.

Di hari dan malam terakhir Ramadan ini, kami dengan rendah hati terus merayu marilah bersama kami membina bangunan baru untuk anak-anak tahfiz kita ini!