TANPA BANTUAN ANDA
Anak-anak ini masih perlu belajar al-Quran di pondok atas sungai .
Sementara menunggu baik pulih rumah usang kepada bangunan baru.


Rumah usang yang akan dirobohkan bagi membina bangunan baru yang lebih selamat untuk anak-anak mengaji.


Pondok-pondok sementara yang dibina di tepi sungai untuk anak-anak mengaji sebelum bangunan baru siap dibina.
Tak siapa tahu susah payah mendidik anak-anak kampung yang serba kekurangan.
Lebih-lebih lagi untuk anak-anak asnaf dan anak yatim.
Asbab inilah Pusat al-Quran Abu Bakrin membuka peluang pendidikan al-Quran percuma untuk anak- anak asnaf dan anak yatim di kampung sekitar Manir.
Daripada pondok yang kecil, hinggalah ke pondok-pondok tepi sungai dibina untuk menampung keperluan pelajar yang kini seramai 130 orang.

Sumbangan anda membentuk nilai diri anak-anak ini
melalui pelajaran al-Quran.
Apabila anak-anak ini belajar asas-asas mengenal huruf-huruf Al-Quran, lama-lama mereka akan pandai membaca Al-Quran.
.
Mereka bukan hanya pandai membaca Al-Quran bahkan mereka dapat kuasai bacaan solat.
Mereka juga dapat hafal bacaan doa-doa lepas solat & doa-doa harian.
.
Semua usaha ini ada ganjarannya untuk anda yang membantu anak-anak ini pandai mengaji Al-Quran.
.jpg)

Anda secara tak langsung telah memberi didikan al-Quran dan mencelikkan mata hati anak-anak ini dengan ilmu.
Apabila anak-anak ini mendapat ilmu dan celik Al-Quran seterusnya mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan boleh membantu keluarga mereka sendiri.
Lihat, betapa besarnya peranan sumbangan anda yang dapat membentuk hidup anak-anak ini menjadi lebih baik di masa hadapan nanti.
Bukan sekadar ilmu al-Quran.
Dengan wakaf anda anak-anak juga didedahkan dengan pelbagai ilmu kehidupan.
Malahan anak-anak di Abu bakrin juga didedahkan dengan ilmu fardhu ain, khidmat sosial, aktivit kesukanan yang dapat membentuk jati diri anak-anak lebih kuat dan berdikari kelak.

Anak-anak di ajar solat berjemaah dan menjadi imam solat.

Anak-anak di dedahkan dengan aktiviti kebajikan bersama masyarakat. Antaranya seperti gotong-royong membersihkan kubur.

Anak-anak Abu Bakrin juga didedahkan dengan ilmu kehidupan yang mendidik mereka lebih kuat dan berdikari.


Banyak ilmu baru yang anak-anak ini belajar di Abu Bakrin. Bukan saja ilmu al-Quran.
Jadi, agak-agaknyalah tuan/puan, berapa banyakkah pahala yang anda akan dapat bila berwakaf untuk memberi kemudahan pendidikan al-Quran yang lebih baik buat anak-anak ini?
Selagi mana ilmu yang anak-anak ini dapat selama berada di Abu Bakrin.
Kemudian diamalkan dalam hidupnya dan seterusnya di gunakan pula untuk dikongsikan dengan orang lain.
Selagi itulah pahala mengalir tanpa henti untuk anda.
Ya tuan/puan. Pahala sedekah jariah (wakaf) ini perkara sunat saja. Tapi pahalanya kekal sampai kiamat, insya'Allah.
Baju yang dipakai akan lusuh buruk. Tak kekal. Apa yang kekal tuan/puan? Sedekah jariah iaitu wakaf kekal dulu, kini dan selama-lamanya.
Sungguh tuan/puan, lihat wajah anak-anak ini sepertinya wajah anak-anak kita, yang polos dan mengharapkan didikan sempurna dalam menjadi insan berguna kelak.
Malahan wakaf pendidikan yang anda berikan akan digunakan untuk :
1. Pembinaan Bangunan Baru – Bangunan meliputi bilik belajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan.
2. Pengurusan – Servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan.
3. Kebajikan dan Kemudahan Pelajar – Kos pembelian alat bantu mengajar, aktivit mengajar dan kebajikan pelajar.
.gif)
Andalah harapan anak-anak generasi pelapis agama ini, untuk terus mendapat pendidikan sempurna .
Lihatlah dibawah, wakaf anda telah menjadi binaan yang akan menjadi saksi amal sedekah anda di akhirat kelak.
Fasa 1 : Pembinaan Pondok Sementara Telah Hampir disiapkan.


Fasa 2 : Merobohkan rumah usang untuk binaan bangunan baru.


Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.
Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi .
Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya. Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Seperti kata Rasulullah : "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya."
(HR Muslim).
WAKAF SECARA MANUAL DISINI :
PUSAT AL-QURAN ABU BAKRIN
110 181 3544 ( BANK RAKYAT)

Maklumat Tambahan:
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi pengasas Pusat Al-Quran Abu Bakrin: 6017-9679824 (Tuan Ustaz Hanafiah Abu Bakar)
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.