Wakaf Ramadan Buat Rumah Mengaji Untuk Anak Asnaf dan Yatim

Pusat Al-Quran Abu Bakrin

"Sedekah Paling Utama Ialah Sedekah Ramadan”

Riwayat al-Tirmizi (663)

Tak siapa tahu susah payah mendidik anak-anak kampung yang serba kekurangan.

Lebih-lebih lagi untuk anak-anak asnaf dan anak yatim.

Asbab inilah Pusat al-Quran Abu Bakrin membuka peluang pendidikan al-Quran percuma untuk anak- anak asnaf dan anak yatim di kampung sekitar Manir.

Jadi demi membolehkan anak-anak kampung belajar al-Quran. Ustaz Hanapiah menanggung kos pondok dengan hanya berniaga Cendol dan pisang goreng di tepi pondok.

Daripada pondok yang kecil, hinggalah ke pondok-pondok tepi sungai dibina untuk menampung keperluan pelajar yang kini seramai 130 orang .

Semakin ramai pelajar semakin banyak ruang diperlukan.

Namun Ustaz tak mampu menanggung semua kos kerana pendapatan hanya bergantung sepenuhnya dari jualan cendol ustaz.

TANPA BANTUAN ANDA

Tiada siapa lagi akan membela nasib anak-anak kampung yang serba kekurangan ini.

Oleh itu pondok mengaji akan ditambah lagi supaya dapat memberikan keselesaan kepada anak kampung yang semakin ramai.

SUMBANGAN ANDA

Membentuk nilai diri anak-anak ini

melalui pelajaran al-Quran.


Apabila anak-anak ini belajar asas-asas mengenal huruf-huruf Al-Quran, lama-lama mereka akan pandai membaca Al-Quran.

Mereka bukan hanya pandai membaca Al-Quran bahkan mereka dapat kuasai bacaan solat.

Mereka juga dapat hafal bacaan doa-doa lepas solat & doa-doa harian.

Semua usaha ini ada ganjarannya untuk anda yang membantu anak-anak ini pandai mengaji Al-Quran.

Lihat, betapa besarnya peranan sumbangan anda yang dapat membentuk hidup anak-anak ini menjadi lebih baik di masa hadapan nanti.

Bukan sekadar ilmu al-Quran. Dengan wakaf anda anak-anak juga didedahkan dengan pelbagai ilmu ilmu fardhu ain, khidmat sosial, aktiviti kesukanan yang dapat membentuk jati diri anak-anak lebih kuat dan berdikari kelak.

Jadi, agak-agaknyalah tuan/puan, berapa banyakkah pahala yang anda akan dapat?

Selagi mana ilmu yang anak-anak ini dapat selama berada di Abu Bakrin.

Kemudian diamalkan dalam hidupnya dan seterusnya di gunakan pula untuk dikongsikan dengan orang lain.

Selagi itulah pahala mengalir tanpa henti untuk anda.

WAKAF ANDA AKAN DIGUNAKAN

1.Pembinaan Pondok Baru
2. Pengurusan

– Servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan.
3. Kebajikan dan Kemudahan Pelajar

– Kos pembelian alat bantu mengajar, aktiviti mengajar dan kebajikan pelajar.

Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.

Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi

KLIK PAKEJ WAKAF DI BAWAH

ATAU WAKAF SECARA MANUAL

Maklumat Tambahan:

1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi pengasas Pusat Al-Quran Abu Bakrin: 6017-9679824 (Tuan Ustaz Hanafiah Abu Bakar)


4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
[PAKEJ A] 6 Lot Wakaf Sekeluarga >> RM500
[PAKEJ B] 4 Lot Wakaf Ibu Ayah >> RM300
[PAKEJ C] 2 Lot Wakaf Suami Isteri >> RM100
[PAKEJ D] 1 Lot Wakaf Individu >> RM50
[PAKEJ E] Wakaf Seikhlas Hati >> RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN